Thursday, February 12, 2009

Pergola, Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru


Pergola at Forest Park
Originally uploaded by rhmn

Pergola ni boleh ditemui di Taman Tasik Merdeka, JB.Keadaannya usang dan perlukan pembaikan.
Jenis kayu yang bagus untuk buat pergola adalah cengal. Kayu cengal sebenarnya dapat bertahan lebih lama dalam keadaan cuaca tropika yang panas dan lembab.

Sunday, March 30, 2008

Apa itu landskap?






Landskap itu ada pelbagai tafsirannya. Ada yang mengatakan landskap itu adalah menanam, memelihara dan memulihara bunga. Ada yang mengaitkan landkap dengan bunga-bungaan yang di tanam di sepanjang jalan raya atau lebuhraya , ataupun bunga-bungaan di tanam.

Adakah betul tafsiran atau definisi landskap ini?Pada pendapat saya ada betulnya.

Bagaimana pula dengan pendapat anda tentang landskap?

Landskap sebenarnya adalah gabungan seni dan sains. Landskap itu besar ruang lingkup atau skopnya. Ianya tidak terhad kepada penanaman bunga semata-mata tetapi ia juga melibatkan pembinaan struktur-struktur yang mempunyai fungsi yang pelbagai kegunaannya.



Oleh itu landskap terbahagi kepada dua cabang yang besar iaitu:-




i. landskap lembut (soft scape)

ii landskap kejur (hard scape)

Sebab itulah di negara-negara barat profesyen Arkitek Landskap adalah salah satu bidang yang menjamin masa depan yang cerah dan peluang bagi mereka yang berkecimpung dalamnya adalah terbuka luas.

Sebenarnya industri dan bidang landskap telah berkembang maju di negara-negara barat terutamanya negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Canada, Belanda,New Zealand, Australia, Norway, Sweden dan lain-lain negara maju.

Sebagai contohnya di Amerika Syarikat sahaja industri landskapnya menyumbang berbilion dollar setahun kepada ekonominya.






Gambar foto di atas menunjukkan gabungan landskap kejur dan landskap lembut.